Sunday, December 31, 2017

HAPPY NEW YEAR 2018

Alhamdulillah lagi beberapa jam kita akan masuk ke tahun baru. pejam celik,pejam celik dah  tahun 2018 dah. Dah buat target baru? azam baru?

Ju excited sangat nak masuk tahun baru ni. Azam ju pada tahun baru ini, dari segi kesihatan, Ju mahu kulit yang sihat dan muda. InsyaAllah. Kena yakin akan berlaku dan kita kena buat plan macamana nak capai target kita tu.

Alhamdulillah kulit ju dah kurang jerawat cumanya , parut masih ada sikit-sikit dan bila nak masuk umur 30an ni ,mulalah timbul garis halus dan kedutan. huhu

Jadinya, kena take care kulit bermula dari awal.


So target dah ada, sekarang apa yang kita kena buat untuk capai apa yang kita mahukan. 
Ini ju kongsikan task-task yang ju perlu lakukan supaya dapat capai goal diatas :

1. Minum lebih banyak air. 
2. Bersenam. 
3. Makan lebih banyak sayur dan buah
4.Meditasi - Tenangkan fikiran, tarik nafas, tahan dan lepaskan. Tumpukan pada penafasan kita, kosongkan fikiran . Meditasi membantu mengurangkan stress dan meningkatkan daya fokus.
5. Makan makanan tambahan - Al maklum dalam sehari belum tentu kita dapat capai requiremen vitamin dan mineral, jadi dengan suplemen dapat membantu membekalkan nutrisi yang kita perlukan untuk tubuh badan. Saya percaya, bila badan dapat nutrisi yang cukup, badan akan lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik.
6. Rutin skincare - Bermula dari pencuci muka, toner, pelembap dan serum. Eye serum jangan dilupakan
7. Jaga kebersihan - cuci tuala muka, asingkan tuala muka dengan tuala biasa. Elak picit jerawat


Apa azam awak untuk tahun 2018?