Thursday, January 11, 2018

Youth Skincare Buat Kulit Anda Muda Lebih Lama , Dijamin 100%.



Produk skincare baru dari Shaklee Corporation iaitu YOUTH® Skin Care ini bakal menggantikan Nutriwhite dan Enfuselle . YOUTH® Skin Care menjanjikan peningkatan kulit yang sihat secara dramatik namun ia dijamin 100% mampu memudakan kulit anda.




YOUTH® Skin Care adalah bebas dari lebih dari 2500 bahan kimia toksik dan berbahaya. Ia merupakan 100% semulajadi dan bebas dari Paraben, Phtalates, Hydroquinon, Merkuri, Sodium Lauryl Sulfate(SLS) dan banyak lagi.

Keseluruhan Advanced Anti-Aging Regimen direka bentuk untuk bekerjasama dalam meningkatkan keserian,tekstur kulit dan ketegangan kulit, dan mengurangkan kehadiran kedutan.


Setiap produk dalam rangkaian Youth dirumuskan dengan bahan-bahan anti-penuaan aktif. Ia menyediakan manfaat rawatan dalam setiap empat langkah mudah.

Advanced Anti-Aging Regimen termasuk:




Langkah 1: Luminous Gel Oil Cleanser - Pembersih 3-dalam-1, pH-seimbang tanpa sabun. Perlahan-lahan menggilap, membersihkan dan melembutkan kulit anda.

Dikuasakan oleh: Vital Repair+®, Muscadine Grape Extract, and Exfoliating Green Algae Complex.



Youth Luminous Gel Oil Cleanser - Youth Skincare


Langkah 2: Perfecting Skin Toner - Bersesuainya dengan namanya, toner ini membersihkan kulit anda daripada sel kulit mati dan pencemaran alam sekitar. Ia membuang kulit mati, menghidrat dan menyuburkan serta mencerahkan kulit.

Dikuasakan oleh: Vital Repair+®, Ekstrak Anggur Muscadine, dan Rejuvenating Green Algae Complex.





Langkah 3: Youth Activating Serum - Bertindak 10X lebih aktif untuk menyediakan kulit melalui proses regenerasi kritikal. Sel kulit diperbaharui dari peringkat selular menjadikan ia lebih berseri dan awet muda.

Dikuasakan oleh: Youth Complex with apple cell, Lotus Japonicus, Encapsulated Vitamin A.





Langkah 4 (siang)
: Age Defense Mineral Moisturizer - Zink oksida yang diperoleh secara semulajadi memberikan perlindungan SPA 30 Spektromektomi UVA / UVB yang bebas kimia. Vitamin dan bahan botani didalamnya melembapkan kulit anda dan memperbaiki tona kulit anda.

Dikuasakan oleh: Mineral SPF 30, Vital Repair+®, and Muscadine Grape Extract.






Langkah 4 (Malam): Advanced Renewal Night Cream
- Targeted night cream yang menyokong proses pembaharuan sel kulit semasa anda sedang tidur. Campuran botani proprietari membantu pengeluaran kolagen dan elastin untuk menjadikan kulit kelihatan lebih muda, licin, dan lebih glowing.

Dikuasakan oleh: Vital Repair+®, Schisandra, and Lotus Japonicus.




Langkah 5: Radiance C + E adalah formula yang dipatenkan 20% tulen vitamin C dan vitamin E serta ekstrak sel raspberry untuk mencerahkan , mengurangkan garis dan kedut dn menghilangkan bintik umur. membaiki kulit secara keseluruhan

Ia mengurangkan bintik-bintik umur, membaiki tekstur dan tona kulit secara keseluruhan

Dikuasakan oleh 20% vitamin C , Vitamin E dan Rasberry




Perbezaan Shaklee Youth berbanding produk skincare jenama lain.


1. Kelihatan muda lebih lama

Youth menawarkan produk penjagaan kulit yang terbukti secara klinikal. Ia dihasilkan 100% secara semulajadi.

Janji kami, ia bukan saja dapat meningkatkan kesihatan kulit secara mendadak,malah, dengan YOUTH anda dijamin 100% dapat mengembalikan kulit anda ke usia yang lebih muda.
Wow jauh bezakan? kedutan makin hilang , kulit tampak tegang dan lagi berseri. Terbaiklah Youth Skincare ni. 

2. Satu Dekad Penuaan Dihapuskan.


Kami tahu, youth dapat menggubah bagaimana anda melihat diri mereka sendiri, akan tetapi bolehkah kita buktikan yang kulit mereka sebenarnya memang menjadi lebih muda?

Indeks Umur Kulit (Skin Age Indeks) yang dibangunkan oleh pakar kulit kelas dunia digunakan untuk mengukur tanda-tanda penuaan kulit seperti :

➖ Kedutan
➖ Tekstur Kulit
➖ Saiz Liang Roma
➖ Hiperpigmentasi
➖ Tona Kulit
➖ Keserian wajah
➖ Ketegangan kulit
➖ Kekenduran kulit





Didapati 100% mereka yang menggunakan Youth mendapat kulit yang kelihan lebih muda. Dan 2/3 daripada mereka mendapat kulit yang 10 tahun lebih muda.

Wow! Hebatkan 😱

Testimoni YOUTH® Skin Care


 

" Saya dah tak peduli jika saya ada makeup atau tidak "

"Saya perhatikan dahi dan mata saya dah kurang kedutan." 



3. Hasil Klinikal Tanpa Kompromi


Kami telah buktikan bahawa anda tidak perlu mengorbankan keselamatan dan ketulenan untuk mendapat produk yang berkesan.

Produk YOUTH adalah buktinya. Youth adalah 100% vegan dan free cruelty (bahannya tidak diuji pada haiwan ).

Produk Youth adalah bebas daripada 2500 bahan kimia yang berbahaya dan meragukan.

Anda takkan jumpa 2500 bahan -bahan ini dalam mana-mana produk youth.

Kebolehan Shaklee mengelakkan penggunaan 2500 bahan kimia berbahaya dan meragukan, dan menghasilkan produk yang menunjukkan hasil yang berkesan adalah satu kejayaan yang besar dalam industri penjagaan kulit.


4. Kuasa Bahan Botani


Dengan 8 paten dan paten-pending, setiap produk youth dirumus secara khusus untuk menangani pelbagai masalah dan kesan akibat proses penuaan.

Lotus Japonicus


✅ Mengaktifkan protein pemuda utama (key youth protein) yang menjana semula sel untuk menghasilkan lebih banyak kolagen dan elastin.

✅ Gabungan Lotus japonicus bersama ekstrak buah schisandra chinesis yang secara struktural membantu memberikan lebih banyak nutrien dan tenaga kepada kulit.

Anggur Muscadine


✅ Campuran polifenol anggur muscadine terdapat dalam kolekso produk Youth yang berfungsi untuk memelihara dan membaiki DNA selular dalam kulit.

✅ Ia juga menghalang kerosakan kolagen dan elastin.

Vital Repair + Complex

✅ Multi-Patented Advanced Vital Repair Complex menyediakan nutrien antioksida dan vitamin penting yang menghalang radikal bebas yang merosakkan
kulit.

✅ Ia juga menggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.



Shaklee YOUTH® Skin Care Berada Dipasaran Malaysia

Ops, nampak mengancamkan? mesti korang tak sabar nak cuba skincare terbaru shaklee ni kan.. Tapi Youth tak masuk Malaysia lagi, InsyaAllah March 2018 korang akan dapat Set Skincare Youth  sebab masa tu dah dijual. yeahh



Ingin mencuba produk Shaklee ? 


Saya percaya jika kita memberi tubuh kita nutrisi dan vitamin yang cukup, badan kita akan dapat membaikpulih tubuh kita. Dan saya percaya syarikat yang sudah lama bertapak diatas dunia , mempunyai sumber dan saintis yang terbaik dapat menghasilkan produk yang bagus. 

Jika anda seperti saya, mahu lebih sihat, bertenaga dan nampak muda, Shaklee adalah pilihan terbaik. 

Hubungi saya

Junainah Jaapar
IG : youthskincare.juejaapar



Wednesday, January 3, 2018

10 Fakta Tentang Jerawat Yang Anda Perlu Tahu, No 7 Yang Ramai Orang Buat


1. Tak semua jerawat disebabkan RESDUNG


RESDUNG ni penyakit sinus dimana ia sensitif kepada alergen(bahan yg menyebabkan alergi atau radang). Kebiasaannya kulit mula timbul bintik-bintik merah..

2. Jerawat sangat berkait dengan apa yang masuk dalam perut kita .

Apa yang kita makan , akan beri kesan pada kesihatan kita. Terutama pada wajah kita. Wajah yang glowing, segar dan berseri menandakan tubuh mendapat nutrisi yang lengkap

3. Siapa sahaja boleh dapat jerawat.


Lelaki dan wanita boleh mendapat jerawat. Dan jerawat boleh menyerang pada mana-mana usia. Jerawat biasanya hadir semasa remaja dan awal dewasa.

4. Punca jerawat adalah bakteria dan pori tersumbat namun punca yang paling utama ialah minyak berlebihan yg disebabkan oleh gangguan hormon


5. Rawatan untuk setiap jerawat berbeza.


Ini kerana ada 6 jenis jerawat yang berbeza dan sesetengah dari mereka amat sukar dirawat. Jerawat yang biasa ialah blackhead dan whitehead, yg disebabkan oleh porti tersumbat. Yang susah dirawat ialah papules (benjolan besar ) dan postules ( papules yg ada nanah didalamnya) . Manakala yang paling sukar dirawat ialah nodules dan cyst, yg mana ia sangat jauh dalam kulit dan sangat sakit


6. Bersenam boleh menyebabkan jerawat belakang badan


Peluh akibat bersenam boleh menyebabkan jerawat . Oleh itu, sentiasa mandi selepas bersukan dan sabun dengan sabun anti bakteria.

7. Basuh muka berlebihan boleh menyebabkan jerawat

Ini kerana kulit kita mempunyai kelembapan semulajadi. Jika kita basuh muka berlebihan, kulit akan kehilangan kelembapan semulajadi, dan merangsang perembesan minyak . Minyak berlebihan boleh sebabkan jerawat.


8. Jerawat ambil masa untuk sembuh


Jerawat sembuh sekurang-kurang 6-8 minggu untuk sembuh. Jadi bersabar semasa merawat jerawat. Namun jerawat cyst dan nodule ambil masa lebih lama untuk sembuh.

9. Ubat gigi utk gigi ,bukan untuk kulit.


Walaupun ada petua hilangkan jerawat dengan letak ubat gigi pada jerawat , namun ia sebenarnya tiada bukti saintifik. Kata doktor, tiada bahan dalam ubat gigi yang terbukti dapat mengeringkan jerawat.



10. Stress boleh mempengaruhi jerawat


Apabila stress, badan menghasilkan lebih banyak hormon cortisol yang bertanggungjawab mengawal tekanan dalam badan. Apabila badan stress, kelenjar adrenal akan merangsang kelenjar minyak dalam kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak. Minyak yang berlebihan ini boleh menyebabkan jerawat.

Stress juga boleh meningkatkan pengaliran darah dan kapilari menjadi besar menjadikan kulit kelihatan lebih merah dan meradang.

Imun sistem menjadi lemah apabila badan kita stress dan menyebabkan jerawat lambat sembuh.




Sunday, December 31, 2017

HAPPY NEW YEAR 2018

Alhamdulillah lagi beberapa jam kita akan masuk ke tahun baru. pejam celik,pejam celik dah  tahun 2018 dah. Dah buat target baru? azam baru?

Ju excited sangat nak masuk tahun baru ni. Azam ju pada tahun baru ini, dari segi kesihatan, Ju mahu kulit yang sihat dan muda. InsyaAllah. Kena yakin akan berlaku dan kita kena buat plan macamana nak capai target kita tu.

Alhamdulillah kulit ju dah kurang jerawat cumanya , parut masih ada sikit-sikit dan bila nak masuk umur 30an ni ,mulalah timbul garis halus dan kedutan. huhu

Jadinya, kena take care kulit bermula dari awal.


So target dah ada, sekarang apa yang kita kena buat untuk capai apa yang kita mahukan. 
Ini ju kongsikan task-task yang ju perlu lakukan supaya dapat capai goal diatas :

1. Minum lebih banyak air. 
2. Bersenam. 
3. Makan lebih banyak sayur dan buah
4.Meditasi - Tenangkan fikiran, tarik nafas, tahan dan lepaskan. Tumpukan pada penafasan kita, kosongkan fikiran . Meditasi membantu mengurangkan stress dan meningkatkan daya fokus.
5. Makan makanan tambahan - Al maklum dalam sehari belum tentu kita dapat capai requiremen vitamin dan mineral, jadi dengan suplemen dapat membantu membekalkan nutrisi yang kita perlukan untuk tubuh badan. Saya percaya, bila badan dapat nutrisi yang cukup, badan akan lebih sihat dan berfungsi dengan lebih baik.
6. Rutin skincare - Bermula dari pencuci muka, toner, pelembap dan serum. Eye serum jangan dilupakan
7. Jaga kebersihan - cuci tuala muka, asingkan tuala muka dengan tuala biasa. Elak picit jerawat


Apa azam awak untuk tahun 2018? 


Sunday, July 24, 2016

Apa Yang Saya Amalkan Supaya Jerawat Saya Sembuh


Inilah wajah saya sebelum ini. Jerawat batu yang merah dan menyakitkan. Tuhan saya yang tahu malunya saya waktu ini. Keluarga semua pelik macamana kulit saya yang selama ni tak ada masalah jadi makin teruk. Sehinggakan ,saya berkurung dalam rumah. Malah jemputan perkahwinan kawan-kawan pun saya tak pergi. 

Banyak sebab kenapa jerawat saya jadi makin teruk. Antaranya tekanan semasa belajar. yelah masa study memang selalu tidur lewat malam. Bila tidur lewat malam, badan kita tak dapat detoks , buang toksin dengan baik. Bila toksin tu berkumpul dalam badan, mulalah banyak penyakit yang timbul.
muka jadi berminyak, pori tersumbat dan akhirnya hormon pun jadi tak teratur. 

Sejak tu, saya mula tukar ganti produk muka semata-mata nak hilangkan jerawat dan kembalikan wajah kepada asal. Malangnya jadi makin teruk sampai saya rasa nak give up. Sehinggalah saya jumpa produk Shaklee. 

Masa mula-mula memang rasa was-was dan tak yakin. Namun , saya tawakal dan banyakkan baca testimoni pengguna produk shaklee. Alhamdulillah , macam tak percaya kulit saya jadi makin kurang berminyak dan jadi makin lembut. Walaupun jerawat ambil masa untuk hilang sepenuhnya, tapi saya bersyukur, kulit dah jadi semakin baik dan lama kelamaan jerawat semakin surut dan hilang.

Antara produk yang saya ambil ialah

ESP 
 membantu membina sel kulit baru dan membuang sel kulit mati. Menutup lubang diwajah akibat parut jerawat. Esp membantu penyerapan vitamin-vitamin lain ke dalam badan. Kandungan Isoflavon dapat membaiki ketidakseimbangan hormon dalam badan.

Vitamin C
merupakan antioksida yang menghalang radikal bebas daripada merosakkan kulit. Vitamin C juga meningkatkan sistem imun dan menghalang jangkitan bakteria akibat luka jerawat.Bila makan vitamin C ni, jerawat lebih cepat kering dan kurang radang.

Vitamin B complex
mengandungi B6 yang dapat mengurangkan stress. dan membantu menukarkan gula kepada tenaga. Vitamin B juga meningkatkan peredaran darah ke sel kulit, menjadikan kulit lebih berseri.

Alfalfa complex
sebagai agen detoks. . ia menyahtoksin , meningkatkan proses penghadaman, dan mengurangkan alergi akibat resdung. Alfalfa juga digunakan secara semulajadi sebagai agen anti-kulat.

Zinc complex

Zinc complex sangat berkesan untuk merawat jerawat batu atau cyst. ia mengeringkan jerawat dari dalam kulit. Tambahan lagi ia membantu penyembuhan luka dan meningkatkan sistem imun. kalau ada jerawat batu dan besar, zinc complex wajib anda amalkan.

Omega guard
saya ada kulit kombinasi, dimana kawasan T-zon saya kering tetapi pipi dan dagu saya berminyak. Apabila saya mengamalkan omega guard, kulit jadi lembut dan moist. Kandungan EPA dan DHA dalam omega guard membantu memastikan sel kulit sentiasa lembap dan jerawat lebih cepat sembuh.

Selain daripada suplemen, saya juga amalkan pemakanan yang sihat dan mengunakan pencuci muka bebas bahan kimia berbahaya. Untuk masalah jerawat serius, anda memang perlukan kesabaran. Saya sendiri ambil masa 1 tahun untuk betul-betul pulih dari masalah jerawat.  Jika anda ingin sembuh sepenuhnya dengan produk yang terjamin selamat dan berkesan , klik sini. 

p.s : Saya tak galakkan orang yang nak kesan cepat cuba suplemen, sebab suplemen ini merawat masalah dalaman .Kesannya berbeza bagi setiap org, ada yg cepat & ada yang lambat. Namun , dengan kesabaran dan konsisten insyaAllah masalah anda akan selesai. 

p.ss: Bagi anda yang tak tahu nak cuba produk yang mana satu, boleh hubungi saya dan saya akan guide anda. klik sini.

Saturday, July 23, 2016

Ketahui Bagaimana Wanita Ini Hilangkan Masalah Jerawat Teruk Dengan Suplemen Shaklee

testimoni set jerawat shaklee
Saya Ummi Zainab Mohamad, Nama glemer di Fb Ummi Ussi (Cik Zai). Sebelum ini tak pernah kenal apakah itu Shaklee. Tak pernah tahu dan tak pernah diberitahu walaupun saya yang sangat aktif berinternet. Sehinggalah satu hari, saya ke hospital dan diperkenalkan oleh seorang Doktor. Langkah kanan gamaknya masuklah bilik No.1 dan saya menceritakan segala masalah saya kepada doctor tersebut . Tq yer doc !
.
Ok dipendekkan cerita, setelah diperkenalkan melalui flyer shaklee yang doc bagi saya tak mencuba terus sehinggalah saya tengok banyak suplemen di rumah saudara saya. So dia pulak menceritakan kebaikan Shaklee kepada saya. Ingat lagi suplemen first saya cuba adalah Alfalfa Complex.
.
Saya diberitahu Alfalfa Complex ni sesuai untuk penyakit resdung. So saya cubalah. Alhamdulilah memang menakjubkan kegatalan dimuka, hidung, lelangit, telinga kembali berkurang dan sembuh dengan sekelip mata. Kalau dulu saya peruntukkan hampir RM 300.00 untuk settle masalah resdung saya ni (facial muka, berbekam, beli batang rokok resdung) tetapi dengan Alfalfa Compex saya hanya peruntukkan RM 53.75 (harga bukan ahli) yang kuantiti sebanyak 330 biji. Bonusnya lagi masalah keputihan dan masalah dalaman saya semakin pulih dan hilang terus .. Menakjubkan !!!
.
Sejak dari sebotol Alfalfa Complex saya mula yakin bersama Shaklee. Saya semakin rajin google dan mencari input2 dan sharing/testimoni dari pengguna dan kebaikan dari suplemen shaklee.
.
Ok Settle masalah resdung & keputihan. Saya fokus untuk kecantikan kulit muka pula. Muka saya dulu teruk (kusam, bernanah,sensitif, berparut dan berjerawat) .Untuk masalah itu, saya mula mencuba set kecantikan kulit muka. Saya pernah cuba suplemen Esp, Vivix, Vitamin C, Vitamin E, Alfalfa Complex, B-Complex.Omega Guard,Herblax dan set skincare pula saya memilih Skincare Enfuselle (masa itu saya pakai sebab kulit muka teruk) sekarang dah takde jerawat saya kembali setia dengan Set SkinCare Nutriwhite (Kulit dah kelihatan normal dah). Memang banyak saya guna suplemen shaklee tetapi saya tak beli semua sekaligus la. Ada duit saya topup sikit untuk suplemen . Saya laburkan untuk diri saya sendiri. Semua BERJAYA kerana saya KOSISTEN guna selama 2 tahun.
.
Alhamdulilah, Allah dah temukan saya dengan suplemen yang sangat berkualiti dengan ujian klinikal yang terbaik dan ia sangat sesuai dengan diri saya. Tahniah untuk diri saya sendiri dan juga untuk berjuta-juta pengguna/testimoni lain yang telah berjaya bersama Shaklee.
.
Yang masih ragu-ragu dengan shaklee . Cuba dulu .. Alami sendiri.. Jangan buat andaian sebelum mencuba. Apa-apapun semoga testimoni ini memberi manfaat pada semua .
.
Sharing dari hati ….
.
Yang ikhlas,
Ummi Ussi