Wednesday, January 3, 2018

10 Fakta Tentang Jerawat Yang Anda Perlu Tahu, No 7 Yang Ramai Orang Buat


1. Tak semua jerawat disebabkan RESDUNG


RESDUNG ni penyakit sinus dimana ia sensitif kepada alergen(bahan yg menyebabkan alergi atau radang). Kebiasaannya kulit mula timbul bintik-bintik merah..

2. Jerawat sangat berkait dengan apa yang masuk dalam perut kita .

Apa yang kita makan , akan beri kesan pada kesihatan kita. Terutama pada wajah kita. Wajah yang glowing, segar dan berseri menandakan tubuh mendapat nutrisi yang lengkap

3. Siapa sahaja boleh dapat jerawat.


Lelaki dan wanita boleh mendapat jerawat. Dan jerawat boleh menyerang pada mana-mana usia. Jerawat biasanya hadir semasa remaja dan awal dewasa.

4. Punca jerawat adalah bakteria dan pori tersumbat namun punca yang paling utama ialah minyak berlebihan yg disebabkan oleh gangguan hormon


5. Rawatan untuk setiap jerawat berbeza.


Ini kerana ada 6 jenis jerawat yang berbeza dan sesetengah dari mereka amat sukar dirawat. Jerawat yang biasa ialah blackhead dan whitehead, yg disebabkan oleh porti tersumbat. Yang susah dirawat ialah papules (benjolan besar ) dan postules ( papules yg ada nanah didalamnya) . Manakala yang paling sukar dirawat ialah nodules dan cyst, yg mana ia sangat jauh dalam kulit dan sangat sakit


6. Bersenam boleh menyebabkan jerawat belakang badan


Peluh akibat bersenam boleh menyebabkan jerawat . Oleh itu, sentiasa mandi selepas bersukan dan sabun dengan sabun anti bakteria.

7. Basuh muka berlebihan boleh menyebabkan jerawat

Ini kerana kulit kita mempunyai kelembapan semulajadi. Jika kita basuh muka berlebihan, kulit akan kehilangan kelembapan semulajadi, dan merangsang perembesan minyak . Minyak berlebihan boleh sebabkan jerawat.


8. Jerawat ambil masa untuk sembuh


Jerawat sembuh sekurang-kurang 6-8 minggu untuk sembuh. Jadi bersabar semasa merawat jerawat. Namun jerawat cyst dan nodule ambil masa lebih lama untuk sembuh.

9. Ubat gigi utk gigi ,bukan untuk kulit.


Walaupun ada petua hilangkan jerawat dengan letak ubat gigi pada jerawat , namun ia sebenarnya tiada bukti saintifik. Kata doktor, tiada bahan dalam ubat gigi yang terbukti dapat mengeringkan jerawat.



10. Stress boleh mempengaruhi jerawat


Apabila stress, badan menghasilkan lebih banyak hormon cortisol yang bertanggungjawab mengawal tekanan dalam badan. Apabila badan stress, kelenjar adrenal akan merangsang kelenjar minyak dalam kulit untuk menghasilkan lebih banyak minyak. Minyak yang berlebihan ini boleh menyebabkan jerawat.

Stress juga boleh meningkatkan pengaliran darah dan kapilari menjadi besar menjadikan kulit kelihatan lebih merah dan meradang.

Imun sistem menjadi lemah apabila badan kita stress dan menyebabkan jerawat lambat sembuh.




No comments:

Post a Comment